<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4219780372334673047?origin\x3dhttp://sinarancahaya-daia.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sinaran-Cahaya hidayah <3


Friday, September 25, 2009 Y

Sengsaraan hatiku .

begitu pedih dihati ,
apabila mengenangkan dirimu ;
yang sudah kini ,
meninggalkan diriku .

begitu sedih dihati ,
apabila mengimbas kembali ;
saat2 indah yang kini ,
hanya menjadi memori .

kepergian dirimu dariku ,
hanya meninggalkan kesengsaraan dihati ;
setiap janjimu padaku ,
tidak pernah ditepati .

kiniku memutuskan ,
untuk melupakanmu ;
walaupun ia menyakitkan ,
ini untuk kebaikan buat diriku .

Typed @ 3:18 PM

Wednesday, January 28, 2009 Y

24 Jan 2009
Sastera Di Luar Bilik Darjah
Bersama Cikgu Muslim
Aktiviti 1:
Catatkan pandangan kamu mengenai apakah itu sajak?
=> Sajak ialah sebuah puisi tetapi ditulis secara pendek dan bebas.
Aktiviti 2:
Perhatikan sekeliling kamu. Tulis perkara yang kamu lihat ketika berada di kawasan hutan hujan MacRitchie. Perkara-perkara tersebut terdapat dalam bentuk tumbuhan, binatang, permukaan bumi, sungai, cuaca atau perihal orang yang ada di sini.
=>Tumbuhan
-medang
-petai
-tempinis
-mempat
-liana
-kasab
-asam gelugor
=>Binatang
-monyet/kera
-ikan (piranha)
-biawak
-cengkerik
-kura-kura
-tupai
=>Suasana
-nyaman
-sejuk
-segar
Aktiviti 3:
Lambang Kata/Simbol
Lengkapkan ruangan kosong dengan perkataan yang sesuai .
  • Jenis: Haiwan Contoh: Singa Makna: Kuasa
  • Jenis: Unsur Alam Contoh: Tasik Makna: Tenang
  • Jenis: Warna Contoh: Hijau Makan: Segar
  • Jenis: Pokok Contoh: Jelutung Makna: Berani
  • Jenis: Unsur Alam Contoh: Hutan Makna: Kedamaian
  • Jenis: Unsur Alam Contoh: Embun Makna: Kesucian
  • Jenis: Haiwan Contoh: Kera Makna: Cinta
Aktiviti 4:
Unsur Perorangan
Berikan unsur perorangan bagi unsur-unsur alam

1. Dedalu: Dedalu tersenyum sipu
2. Sungai: Sungai mengalir lesu
3. Embun pagi: Embun pagi menjenguk waktu
4. Burung: Burung menyanyi merdu
5. Bayang: Bayang mengekori

Cari objek disekeliling kawasan atau di sepanjang perjalanan. Kemudian, cipta sajak dengan menggunakan objek tersebut sebagai idea atau bahan.

Batu
Keras
Kaku dan bisu.
Menyepi diam dan pilu
Tiada siapa yang tahu
Jeritan hatiku
ataupun kata-kataku
menjadi hiasan di merata tempat.
Namun tiada siapa yang peduli
Kewujudanku hanya setakat
batu di jalanan.

Pokok
Tinggi mencecah langit.
Menjadi mainan kera.
Menjadi bahan teduhan manusia
Bila hujan turun
Malangnya, kau sering ditebang
Untuk kepentingan manusia
Bayangkan keindahanmu
Jika kau berbuah atau berbunga.
Bayangkan nasib si haiwan
yang menjadikan kau rumah buat mereka
Tanpamu kehidupan kami sungguh kehilanganmu.

Pasir
Pasir,
kecil dan ringan
menyebar mengikut angin.
Melayang kemana-mana,
mendarat ke merata tempat.

Pasir,
seputih salju yang suci.
Menghiasi jalan,
menjadi rumah kepada sang semut.

Sungai
Tenang dan damai,
jernih dan bersih .
Namun kejernihanmu,
diambil kesempatan.
Airmu yang jernih,
dihiasi sampah.
Ikan dan kanak-kanak
yang dahulunya ceria beranangan,
kini menjadi duka .





Typed @ 11:41 AM




diriKUSH ♥

Diberi nama NUR HIDAYAH ♥
Dipanggil DAIA ♥
Melihat dunia pada 10hbMEI♥
Menimbah ilmu di SEKOLAH MENENGAH YUSOF ISHAK ♥
Dimasukkan ke kelas 3e4 ♥

impianKUSH ♥

♥ melakukan apa sahaja yang ku inginkan .
♥ mendapat apa sahaja yang ku inginkan .
♥ mencapai kejayaan ku .

Muzik ♥



Ruang Perbualan ♥





Credits

PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS !
RE-Designer : Jovelle
Designer : kayneen
BaseCodes : %the-secrets--
the-secrets